Suzuki Rock The Road jelajah Pulau Pinang pula
Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA) telah menganjurkan program penjelajahan Suzuki Rock the Road 2014 baru-baru ini. Ia melibatkan 21 buah Suzuki Swift yang memulakan penjelajahan dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang, di mana kesemua peserta adalah pemilik kenderaan terbabit.
Timbalan Pengarah Urusan SMA, Gen Ishii, telah diberi penghormatan melepaskan konvoi tersebut pada pagi Sabtu yang lalu dari Pusat 3S Suzuki yang terletak di Jalan Klang Lama.
Menurut beliau, penganjuran program ini adalah untuk menunjukkan sokongan yang tidak terhingga dan sebagai penghargaan buat pelanggan setia Suzuki. Di samping dapat mengeratkan lagi hubungan sesama pemilik jentera Swift terbabit. Malah Ishii juga berkata, program sebegini akan diteruskan setiap tahun dengan objektif yang sama.
Pada hari kedua, sebanyak 70 buah Swift dari negeri terbabit turut menyertai program ini, bergabung dengan rombongan dari KL. Mereka bersama-sama beriadah dan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
SMA kini mempunyai 32 buah cawangan jualan di seluruh negara. Malah bermula November ini sehingga Januari 2015, Suzuki turut menawarkan pelbagai rebat menarik, peluang pandu uji dan banyak aktiviti yang boleh disertai oleh orang ramai di dalam penganjuran siri jelajaah Suzuki Mega Road Show.