Perodua tawar promosi akhir tahun dengan rebat sehingga RM2,500 bagi model terpilih
Perodua telah menawarkan promosi akhir tahun “Jom Beli!” dengan rebat sehingga RM2,500 bagi model terpilih.
Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, “Kami mengalu-alukan dan menggalakkan orang ramai untuk mengambil peluang daripada promosi akhir tahun seperti yang kita tawarkan ini. Ia adalah berdasarkan sokongan kuat anda pada jenama kami.”
Bagi mengambil bahagian di dalam promosi ini, Perodua mengalu-alukan orang ramai mengunjungi mana-mana wakil pengedar bertauliah untuk membuat sebarang tempahan.
“Promosi ini antara tawaran terbesar yang kami anjurkan pada tahun ini. Mana-mana pelanggan yang berminat bolehlah mengunjungi mana-mana 180 bilik pameran kami bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai tawaran hebat ini,”tambahnya lagi.
Promosi ini hanya melibatkan model Perodua terpilih sahaja, berlangsung dari 1 November sehingga 31 Disember ini. Ingin mengetahui maklumat lanjut, silalah berkunjung ke bilik pameran Perodua yang berdekatan.