Isuzu V-Cross Adventure cabar aksi lasak peserta
Isuzu V-Cross Adventure iaitu program siri realiti 4X4 yang pertama di Malaysia telah menamatkan cabarannya baru-baru ini. Orang ramai berpeluang menyaksikan webisod siri tersebut menerusi laman YouTube bermula 4 November 2014.
Siri realiti 4X4 itu memperlihatkan enam pasukan berpasangan mengharungi cabaran penuh debaran dan keseronokan di pelbagai lokasi sekitar Ulu Selim dan Teratak Riverview, Perak menggunakan ISUZU D-MAX V-Cross 3.0 yang baharu, sekaligus menikmati keteguhan cemerlang, ciri-ciri kecekapan minyak dan keselamatan kenderaan berkenaan.
Tiga peserta pusingan akhir yang bertuah juga berpeluang bergandingan dengan Ben dan Hafiz dari FlyFM serta pelakon tempatan Diana Danielle.
ISUZU merupakan jenama auto pertama yang menganjurkan sebuah siri realiti di Malaysia bersempena pelancaran model ISUZU D-MAX V-Cross dan varian ISUZU D-MAX V-Cross 3.0 Safari baru-baru ini. Pengembaraan ISUZU V-Cross menerima sambutan yang memberangsangkan dengan penyertaan diterima dari seluruh negara melalui laman webnya dan siri promosi jelajah yang diadakan, di samping menerusi inisiatif pengambilan peserta FlyFM.
“Cabaran Pengembaraan ISUZU V-Cross memperlihatkan peserta meletakkan keyakinan terhadap rakan sepasukan demi menentang keazaman pesaing mereka. Pasangan tersebut sama ada bersama rakan selebriti atau awam, juga menunjukan kesanggupan peserta untuk meletakkan kepercayaan terhadap individu yang tidak pernah mereka temui sebelum pertandingan ini berlangsung,” kata Ketua Pegawai Operasi ISUZU Malaysia, Daisuke Ishida.
Peserta pusingan akhir dibawa meninggalkan keselesaan kehidupan bandar untuk memulakan cabaran mereka bagi menguji kecekalan fizikal dan mental sepanjang Pengembaraan ISUZU V-Cross yang telah diadakan dari 10 hingga 13 Oktober 2014. Dalam siri realiti ini, peserta berpeluang untuk mempelajari kepentingan komunikasi antara pemandu dan pemandu ganti untuk mengemudi kenderaan mereka dengan selamat dalam persekitaran off-road yang mencabar.
Mereka juga menggunakan fungsi empat roda kenderaan tersebut untuk mengatasi cabaran muka bumi seperti merentasi sungai, permukaan berlumpur, cerun licin dan sebagainya. Mereka juga berpeluang menggunakan kemahiran memandu yang baharu dipelajari dalam cabaran ‘serangan masa’ yang memerlukan keupayaan teknikal dan kepantasan peserta.
Pemenang Pengembaraan ISUZU V-Cross, yang akan didedahkan pada episod terakhir, membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000.
Webisod cabaran ini boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi ISUZU. Webisod yang pertama daripada enam kesemuanya akan ditayangkan bermula 4 November ini. Episod terbaharu akan disediakan secara dalam talian setiap hari Selasa dan Khamis untuk tiga minggu berturut-turut. Satu rencana istimewa selama sejam juga akan ditayangkan di Bloomberg Television (Saluran Astro 519) selepas webisod terakhir ditayangkan.