Subaru Viziv GT Vision Gran Turismo didedahkan menerusi video
Dalam diam, Gran Turismo mendedahkan model konsep Subaru Viziv GT Vision Gran Turismo menerusi video khas.
Kelihatan agak menakjubkan, model konsep ini merupakan jentera sport berprestasi tinggi yang mengetengahkan imej penuh maskulin dan serba mewah dalam masa yang sama.
Gril hadapannya yang bersambung dengan lampu utama LED memberikan gambaran agresif terhadap model konsep ini. Ia juga menampilkan hud pengaliran udara, dan A-pillar yang nampak lebih terperinci.
Selain itu, Subaru Viziv GT Vision Gran Turismo turut ditampilkan dengan bumbung ala terapung, sayap belakang yang agak besar dan lampu belakang LED yang menambahkan lagi sifat maskulinnya.
Video ini turut mendedahkan model konsep plug-in hybrid namun tiada perician yang dinyatakan.
Related
Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.