Honda Malaysia panggil balik model City (2003-2004) & Jazz (2004) disebabkan masalah beg udara
Honda Malaysia memanggil balik (recall) sejumlah 15,735 unit kenderaannya di seluruh Malaysia selepas berlakunya insiden beg udara meletup yang mengorbankan seorang wanita (pemilik Honda City 2003) pada Julai lalu.
Model yang terlibat ialah Honda City 2003 dan 2004 serta Jazz 2004.
Di mana pihak Honda mula memaklumkan kepada para pelanggan sejak semalam dan lebih 15,612 unit Honda City 2003-2004 terlibat dalam program ini bersama 122 unit Jazz 2004.
Menurut Honda, akibat pelanggaran tersebut, beg udara di bahagian pemandu itu tidak mengembang sepenuhnya dan kemudian ia meletup sehingga menyebabkan sebahagian serpihannya terkena pada pemandu yang mengakibatkan kematiannya.
Beg udara tersebut adalah buatan Takata Corp yang beroperasi di Jepun.
Program panggil balik unit yang terlibat ini adalah bagi menggantikan beg udara yang lebih selamat dan semua kos penggantiannya ditanggung sepenuhnya oleh Honda.