Pos Malaysia kemukakan pelan cadangan subsidi bahan api
Pos Malaysia Bhd telah mengemukakan pelan cadangan subsidi bahan api kepada pihak kerajaan. Ia diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Iskandar Mizal Mahmood, menurut laporan yang disiarkan oleh Bernama.
Menurut Iskandar, buat masa ini pihaknya masih menunggu jawapan daripada kerajaan. Di mana pelan cadangan tersebut sedang di dalam penilaian. Walau bagaimana pun, Iskandar enggan mendedahkan secara terperinci isi kandungan pelan cadangan terbabit.
Pos Malaysia telah menjalinkan usahasama dengan Datasonic Group Bhd (yang terlibat di dalam program MyKad) untuk membida konsesi ini. Kumpulan usaha sama ini dan Fuelsubs House Sdn Bhd antara tujuh pihak yang telah mengemukan pelan kepada pihak kerajaan bagi cadangan subsidi bahan api.