Harga RON97 turun 20 sen menjadi RM2.55 mulai tengah malam ini
By 0 Comments
|
Kementerian Kewangan telah mengumumkan harga runcit bagi bahan api RON97 diturunkan 20 sen seliter kepada RM2.55 seliter mulai tengah malam 19 November ini.
Kali terakhir harga bahan api ini mengalami perubahan ialah pada September lalu, di mana ia mengalami peningkatan sebanyak 15 sen menjadi RM2.75 seliter. Harga tertinggi bagi RON97 pernah dicatatkan ialah RM3 seliter pada September tahun lalu, menurut laporan akhbar The Star.
Pada Oktober baru-baru ini, harga bagi petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen seliter ekoran pengurangan subsidi oleh kerajaan. Di mana RON95 dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.