Chevrolet Malibu bakal ‘mendarat’ di Malaysia?
Berita yang dikhabar berdasarkan paparan pada risalah promosi yang dikeluarkan oleh pengedar Chevrolet di Butterworth ini telah mendedahkan bahawa Chevrolet Malibu bakal diperkenalkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Kereta sedan daripada segmen-D ini memang agak mirip dengan Cruze pada bahagian hadapan dan lebih kurang seiras dengan reka bentuk Camaro pada belakang. Ia diproduksi berdasarkan platform GM’s Epsilon ll.
Walau bagaimana pun, masih tidak diketahui varian manakah yang bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Sama ada varian 2.4 liter Ecotec dengan kuasa maksimum 165hp dan tork 225Nm, 2.0 VCDI diesel (160hp/350Nm), 2.5 liter (197hp/259Nm), 3.0 V6 (260hp/290Nm) atau 2.0 turbo (260hp/353Nm).
Infokereta.com akan membawakan perkembangan lebih lanjut mengenainya apabila mendapat maklumat terkini kelak. Tunggguuuuuuu!!!