Mazda2 Sedan sedia ditampilkan di Thailand International Motor Expo
Mazda telah pun menyebarkan sedikit foto rasmi bagi Mazda2 Sedan yang sudah bersedia untuk ditampilkan di Thailand International Motor Expo yang bakal berlangsung minggu hadapan.
Pemerhati industri automotif dunia beranggapan, jika Mazda3 kelihatan seperti model mini bagi Mazda6, Mazda2 ini pula boleh dikatakan model mini bagi Mazda3.
Mazda2 Sedan ini akan dikuasakan oleh enjin diesel 1.5 liter SKYACTIV-D yang mampu memberikan keupayaan sehingga 105 hp dan tork 220 Nm. Ia juga dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api yang efisien seperti mana model Mazda2 hatchback iaitu 69.1 mpg US (83 mpg UK atau 3.4 liter / 100 km) dengan emisi CO2 89 g/km.
Ia juga dijadual bakal memulakan jualan di Thailand pada awal tahun 2015 dan mungkin akan sampai ke pasaran Eropah dan Australia dalam jangka masa yang lebih kurang sama.