Kia Sorento X-Men garang & ganas
Kia telah bekerjasama dengan pengedar filem terkemuka dunia, 20th Century Fox untuk menampilkan Sorento dengan tema X-Men. Ia kelihatan sangat garang dan agresif termasuklah menampilkan imej kuku superhero X-Men pada bahagian hadapan dan belakang model Sorento ini.
Penampilan model ini adalah bagi mempromosikan edaran Blu-Ray dan DVD terbaharu bagi X-Men iaitu X-Men: Days of Future Past. Di mana Kia Sorento X-Men ini akan dijadikan modul pemasaran di Kejohonan Terbuka Australia pada tahun hadapan dengan Kia sebagai salah satu penaja utama.
Kia Sorento X-Men ini juga akan ditampilkan di khalayak ramai di Melbourne Park pada 19 Januari ini dan dipertontonkan sehingga 1 Februari. Malah, Kia juga sedang merancang untuk membawa Kia Sorento X-Men ini di beberapa pertunjukan automotif besar pada tahun hadapan.
Kini, Kia sedang memperagakan model Sorento 2016 (versi US) di Los Angeles Auto Show. Ia menawarkan tiga pilihan enjin iaitu 2.4 liter GDI empat-silinder (185 hp/241 Nm), 2.0 liter pengecas turbo GDI empat-silinder (240 hp/354 Nm) dan 3.3 liter GDI V6 (290 hp/341 Nm). Enjin ini akan dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan yang mampu menghantar kuasa pada sistem pacuan empat-roda.
1 Comment