Proton Iriz diberi penambah baikan dengan kehadiran Unit Kawalan Transmisi baharu
Sudahkan anda membaca ulasan InfoKereta.com mengenai Proton Iriz? Jika belum, sila KLIK DI SINI. Jika sudah membacanya, pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa transmisi CVT bagi Iriz ini diperkatakan sebagai ‘kurang menyengat’. Ya, itulah pendapat telus mengenai anak bongsu (buat setakat ini) Proton ini. Kebanyakan rakan media turut memperkatakan perkara yang sama. Di mana transmisi CVT Iriz ini kurang memberikan prestasi yang memberangsangkan.
Menyedari kelemahan ini, Proton telah pun mengambil langkah drastik dengan memberi penambah baikan buat model ini. Di mana Unit Kawalan Transmisi (TCU) baharu telah pun diimplementasikan untuk meningkatkan lagi prestasi CVT bagi Iriz. Secara tidak langsung memberikan respons kuasa pendikit yang lebih baik.
Ketua Pegawai Operasi Proton Edar, Daniel Tan, berkata kepada wakil Paultan.org, perisian TCU ini telah pun diimplementasikan untuk semua model Iriz yang dihantar kepada para pelanggan. Beliau turut berkata, walau bagaimana pun, penambah baikan ini tidak melibatkan sebarang perubahan mekanikal.
Diharap dengan penambah baikan pada transmisi CVT ini membuatkan prestasi pemanduan dan pengendalian Iriz lebih mantap serta diyakini.