DBKL umum nama baharu jalan-jalan utama di sekitar KL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan pekeliling berhubung dengan tindakan penamaan semula jalan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sempena nama Raja-Raja yang pernah ditabal sebagai Yang DiPertuan Agong.
Sebanyak lapan jalan utama terlibat dengan penamaan semula ini iaitu :
1- Jalan Duta menjadi Jalan Tuanku Abdul Halim
2- Jalan Khidmat Usaha menjadi Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
3- Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut hingga persimpangan Jalan Pahang) menjadi Jalan Sultan Azlan Shah
4- Persiaran Duta menjadi Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
5- Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah menjadi Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin
6- Lebuhraya Mahameru menjadi Lebuhraya Sultan Iskandar
7- Persiaran Mahameru menjadi Persiaran Tuanku Jaafar
8- Jalan Semarak menjadi Jalan Sultan Yahya Petra
Menurut Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr.Ismail Stapa, kerja-kerja pemasangan papan tanda nama jalan baharu ini akan dilaksanakan pada 26 November ini.