Subaru Forester t5 tampil dengan imej yang lebih agresif
Subaru telah memperkenalkan model Forester t5 di Jepun baru-baru ini. Dengan menampilkan gaya yang lebih agresif berbanding model standard, Forester t5 hadir dengan spoiler hadapan dan belakang, gril STI dan rim bersaiz 19-inci. Malah model crossover ini juga dipadankan dengan suspensi talaan sport, brek Brembo dengan kaliper STI bagi memberikan kemantapan pada pengendaliannya.
Rekaan yang penuh sporty juga melatari bahagian kabinnya, termasuk dengan penampilan tempat duduk sport balutan kulit Ultrasuede berserta dengan jahitan kontras berwarna merah dan sulaman logo STI.
Selain itu, ia turut menampilkan roda stereng balutan kulit, kekemasan gentian karbon dan piano black. Malah Forester t5 ini turut menampilkan speedometer STI, butang penghidup enjin dan beberapa material tambahan bagi sistem bunyi yang lebih mengasyikkan.
Forester t5 ini dijanakan oleh enjin 2.0 liter turbocharged empat-silinder yang dilengkapi dengan ECU yang telah dioptimumkan. Enjin ini berkeupayaan menghasilkan kuasa sehingga 280 PS dan tork 350 Nm yang dipadankan bersama transmisi Lineartronic dengan Unit Kawalan Transmisi (TCU) yang telah dipertingkatkan serta penyejuk enjin baharu
Subaru hanya mengeluarkan Forester t5 ini sebanyak 300 unit sahaja dengan harga bermula ¥4,350,000 (RM123,666).
Related
Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.