Ford Ranger 2015 paling mantap dalam generasi F-150?
Ford Asia Pacific telah pun mengeluarkan sedikit teaser mengenai model Ranger 2015 yang bakal muncul tidak lama lagi. Malah Ford Malaysia juga telah mengesahkan model ini akan sampai ke pasaran Malaysia awal tahun hadapan. Digambarkan sebagai ‘Lebih kuat, selamat, mantap dan lancar’, Ranger 2015 tampil dengan penuh kelainan berbanding model sedia ada.
Ia dikatakan bakal menawarkan empat pilihan enjin iaitu 2.7 liter EcoBoost V6, 3.5 liter EcoBoost V6, 3.5 liter Ti-VCT V6 dan 5.0 liter Ti-VCT V8 dengan padanan transmisi automatik enam-kelajuan.
Serta ia ditawarkan dengan lima varian iaitu XL, XLT, Lariat, Platinum dan King Ranch. Walau bagaimana pun, Ford masih mengunci mulut mengenai apakah perubahan yang ditampilkan menerusi model ini. Jadi kenalah nantikan respons selanjutnya dari Ford sendiri.
1 Comment