Khairy Jamaluddin usul Skim Kenderaan Pertamaku untuk golongan muda
Dalam Perhimpunan Agong Umno 2014 yang sedang berlangsung, semalam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin telah mengemukakan usul untuk kerajaan mewujudkan skim kenderaan pertamaku yang disasarkan bagi membantu anak muda membeli kenderaan, sekali gus meringankan beban hutang golongan berkenaan.
Menurut Khairy, ramai golongan muda yang muflis kerana gagal membayar hutang kenderaan dan ia menduduki tempat kedua selepas hutang beli hartanah.
“Melalui Skim Kenderaan Pertamaku, ia membolehkan golongan berkenaan yang berpendapatan kurang RN4,000 sebulan boleh membeli kenderaan pertama mereka tanpa membayar cukai atau duti eksais.”
“Ini akan mengurangkan harga kenderaan khusus untuk anak muda yang membeli buat kali pertama sahaja. Kenderaan yang dibenarkan dibeli biarlah yang berharga sederhana dan dipasang dalam negara,” ujarnya seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian dan The Star hari ini.
4 Comments