Hyundai Tucson Fuel Cell memasuki pasaran Kanada
Hyundai Auto Canada Corp. telah mengumumkan bakal menjadi syarikat pengeluar kenderaan pertama di negara berkenaan yang memperkenalkan kenderaan elektrik bahan api hidrogen. Model yang bakal diperkenalkan ialah Hyundai Tucson Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV) dan ia dijangka mula dipasarkan pada awal 2015 ini di Vancouver.
Presiden dan CEO Hyundai Auto Canada Corp, Don Romano, berkata, “Kami yakin Hyundai telah berjaya melepasi keupayaan dalam pembangunan teknologi sel bahan api dan kenderaan yang dibangunkan ini telah bersedia untuk dipandu dengan misi menjadikan dunia automotif sebagai sifar emisi pada masa yang akan datang.”
Menurutnya lagi, biar pun berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang pembangunan teknologi ini, namun Hyundai berjaya menjadi syarikat pengeluar pertama di Kanada yang memproduksikan kenderaan seumpama ini buat rakyat di sana.
Di mana Hyundai Tucson Fuel Cell ini turut menyimpan gas hidrogen dan mempunyai satu aliran masuk udara bagi simpanan bahan bakar. Walau bagaimana pun tiada pembakaran hidrogen berlaku. Di mana proses elektrokimia ini bergabung dengan oksigen dan hidrogen pada ruang simpanan sel bahan bakar bagi mewujudkan bekalan elektrik untuk menjana motor elektrik kenderaan dan dalam masa yang sama turut mengecas bateri kuasa yang dibawa.
Model Tucson Fuel Cell ini menggunakan platform model Tucson berenjin diesel. Ia hanya mengambil masa kurang daripada lima minit untuk pengisian semula tangki bahan api dan boleh dipandu sejauh 426 km bagi satu tangki penuh.
Bagi pasaran Kanada, hanya pengguna terpilih sahaja yang layak untuk sewa-beli kenderaan ini secara eksklusif dengan bayaran sebanyak $599 sebulan dengan kontrak selama tiga tahun, yang turut termasuk dengan penyelenggaraan dan pengisian bahan api hidrogen tanpa limit.
Dengan adanya kenderaan sebegini, pihak Hyundai juga sedang berhempas pulas untuk membina infrastruktur hidrogen di negara berkenaan bagi memperhebatlah lagi usaha memperbanyakan kenderaan seumpamanya.
Mengikut rekod, Hyundai Motor telah memulakan penyelidikan terhadap sel bahan api ini sejak awal tahun 90an dan mensasarkan untuk menjadi pelopor bagi menghasilkan teknologi berkaitan dengannya. Pada tahun 2000, Hyundai berjaya menghasilkan kenderaan sel bahan api hidrogen yang setanding dengan enjin pembakaran dalaman konvensional.
13 tahun kemudian, Hyundai Tucson Fuel Cell berjaya dihasilkan dan kini telah dijual di beberapa buah negara termasuklah USA, UK, Jerman, Perancis, Belgium, Itali, Austria, Netherland, Denmark, Sweden, Norway, Finland dan Korea Selatan.