Volkswagen e-UP! tampil eksklusif di Malaysia
Selain model Golf GTE dan Passat B8 melakukan penampilan perdana di VOLKSWAGEN.Das Event yang berakhir hari ini, kenderaan elektrik e-UP! turut dipertontonkan.
Merupakan kenderaan elektrik pertama yang dihasilkan oleh Volkswagen, dengan motor elektrik berkuasa 60 kW, model e-UP! ini mampu memberikan kuasa sehingga 55 PS dan tork setinggi 210 Nm. Ia juga boleh dipacu daripada 0-100 km/j dalam catatan masa 14 saat serta berkemampuan mencapai kelajuan maksimum sehingga 135 km/j.
Dengan kuasa cas penuh, e-UP! mampu dipacu sejauh 150 km dan bateri lithium-ion berkuasa 18.7 kWh boleh menyimpan sehingga 80% kuasa tenaga dengan mengambil masa 30 minit untuk dicas penuh.
Dengan seberat 1,185 kg, e-UP! ini juga tampil dengan rim aloi bersaiz 15-inci dan logo VW dengan latar biru pada bahagian belakang kerangkanya. Pada bahagian kabin pula, ia dipadankan dengan tempat duduk balutan kulit berwarna kelabu terang dengan jahitan biru serta dilatari kekemasan krom.