Cadangan menguatkuasakan pemasangan alat pemadam api dalam kenderaan – Rohani
Menerusi laporan Bernama pagi ini, Senator Datuk Rohani Abdullah hari telah mencadangkan kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan menguatkuasakan pemasangan alat pemadam api dalam kenderaan sebagai langkah proaktif menangani kebakaran kenderaan.
Katanya langkah itu yang bukan sahaja dapat membantu ketika saat kecemasan malah boleh menyelamatkan nyawa berikutan banyak kes kebakaran diaporkan berlaku.
“Purata setiap tahun terdapat 2,000 kes libatkan kebakaran kenderaan di seluruh negara disebabkan kemalangan dan sebagainya.
“Cadangan saya ialah supaya dikuatkuasakan pemasangan alat pemadam api sepertimana penguatkuasaan pemasangan nombor plat misalnya,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 pada persidangan Dewan Negara di sini pada Khamis.
Pada 3 Disember yang lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengesyorkan agar setiap pengguna jalan raya memiliki alat pemadam api sebagai langkah pencegahan awal dalam kebakaran kenderaan.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata alat berkenaan boleh mencegah kebakaran daripada merebak dengan cepat, selain dapat menyelamatkan mangsa dan harta benda.
1 Comment