Mitsubishi tawar promosi istimewa sempena Tahun Baru 2015
Sempena dengan kedatangan 2015 yang bakal tiba ini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan kempen “Promosi Tahun Baru Mitsubishi” dengan tawaran yang menarik bagi beberapa model terpilih yang ditempah sebelum 30 Januari 2015.
Model SUV kompak, ASX, turut terpilih di dalam kempen promosi ini dengan menawarkan rebat tunai sehingga RM4,000. Ditawarkan pada harga RM114,743.50 (varian 2WD) dan RM128,879.50 (varian 4WD) dengan waranti selama lima tahun tanpa perbatuan terhad.
Tidak ketinggalan juga untuk peminat 4×4, MMM turut menawarkan rebat tunai sehingga RM10,000 buat Triton VGT GS, model pikap yang ditampilkan dengan lampu utama projektor, bumbung matahari, rim aloi bersaiz 17-inci, tempat duduk balutan kulit dan paparan audio sesentuh bersama kamera undur.
Triton VGT GS ini berharga RM107,809.60. Ia dijanakan oleh enjin diesel 2.5 liter yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 178 PS dan tork setinggi 350 Nm.
Sejak tahun 2005, MMM telah berjaya menjual lebih 82,000 unit kenderaan di Malaysia. Antara model terkini yang berada dalam pasaran tempatan termasuklah Mirage, Attrage, Pajero Sport, Lancer GT sedan, Pajero SUV dan kenderaan elektrik i-MiEV.
Sehingga kini, MMM memiliki 56 bilik pameran (dengan 43 daripadanya adalah pusat 3S) dan 47 pusat penyelenggaraan di seluruh Malaysia.