GO Auto umum ‘kelahiran’ pertama model Great Wall M4 versi CKD
GO Auto telah pun mengumumkan unit pertama bagi model Great Wall M4 versi pemasangan tempatan (CKD) telah pun selamat ‘dilahirkan’ di kilang pemasangannya yang terletak di Gurun, Kedah.
Jika pada Julai lalu sewaktu model Great Wall M4 ini diperkenalkan pada pihak media, Ketua Pegawai Operasi (CEO) GO Auto, Ahmad Azam, berkata, pihaknya menjangka mampu mengeluarkan 12,000 unit sahaja pada tahun 2015. Namun setelah model pertama ini dihasilkan, GO Auto optimis dan berkeyakinan untuk memasang Great Wall M4 dengan sasaran 24,000 unit setahun.
Great Wall M4 ini telah pun bersedia diluncurkan di jalan raya bermula sekarang dan penghantaran bagi model transmisi automatik (AMT) akan bermula akhir Januari ini dengan kuantiti yang terhad sebelum pihak GO Auto menambahkan kapasiti penghasilan produksinya pada Mac akan datang. Ini juga merupakan model Great Wall M4 AMT pemanduan sebelah kiri pertama yang diproduksikan oleh Great Wall Motors (GWM).
Untuk mengetahui ulasan pandu uji model Great Wall M4 AMT, sila KLIK DI SINI.