Renault dedah perancangan untuk produksi beberapa model akan datang
Timbalan Presiden Eksekutif Renault Group, Stefan Muller, telah mendedahkan perancangan pihaknya untuk memproduksikan beberapa model mulai tahun depan.
Menurut laporan yang disiarkan oleh Auto Motor und Sport, Muller berkata, Renault turut merancang untuk merombak beberapa model sedia ada dan model pertama yang bakal dilaksanakan untuk perancangan tersebut ialah Laguna generasi akan datang.
Bukan itu sahaja, Renault juga merancang untuk memproduksikan beberapa model crossover baharu dan bukan menambah baik model sedia ada.
Walau pun enggan mendedahkan secara lebih terperinci mengenai perancangan ini, namun beliau berpendapat, model yang bakal dihasilkan pastinya produk yang memiliki kualiti terbaik dan ditawarkan dengan harga yang berpatutan.