SsangYong edar imej rasmi Tivoli – Bakal dedah sepenuhnya Januari ini
SsangYong telah pun mengedarkan imej pertama bagi model crossover subkompak, Tivoli selepas berita mengenai kewujudannya mula bersebaran luas di Internet. Walau pun pada mulanya SsangYong merancang untuk mendedahkan model ini sepenuhnya pada bulan hadapan, namun SsangYong UK pula telah memaparkan imej Tivoli di FB pula.
Kelihatan imej yang dipertaruhkan jauh berbeza dengan rekaan model sedia ada SsangYong, malah ia juga tampil dengan gaya yang lebih segar. Malah model crossover segmen-B ini kelihatan mampu memberikan persaingan yang sengit terhadap model akan datang Nissan Juke dan Renault Captur.
Walau bagaimana pun, rekaan bahagian kabinnya masih mengekalkan ciri tipikal Korea Selatan dan itu mungkin trademark bagi mereka. Ia dilengkapi dengan tujuh beg udara, zon berkembar bagi sistem kawalan suhu dan skrin paparan sesentuh bagi sistem hiburan, kamera undur dan sambungan Bluetooth.
Dijanakan oleh enjin 1.6 liter empat-silinder, ia juga menawarkan pilihan enjin diesel dan gasolin yang menepati standard Euro 6.
Perician sepenuhnya bagi SsangYong Tivoli ini akan didedahkan pada Januari hadapan di Korea Selatan dan dijadual mula berada di pasaran pada pertengahan 2015.