INFO : Laluan alternatif KL-Kelantan & Selatan-Pantai Timur
Semalam beberapa media arus perdana melaporkan kedua-dua arah Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang menghubungkan Gombak dan Jabor ditutup pada kenderaan ringan disebabkan keadaan banjir yang semakin buruk di Temerloh setelah paras air Sungai Pahang meningkat.
Terdapat beberapa lokasi di LPT yang terjejas akibat limpahan air banjir kerana laluan air tidak disediakan dengan teratur.
Secara tidak langsung membuatkan pergerakan pengguna jalan raya termasuk konvoi yang ingin menghantar bantuan ke negera Pantai Timur mengalami masalah (melainkan bantuan tersebut dihantar menggunakan pengangkutan udara).
Walau bagaimana pun, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan LPT juga sentiasa memaklumkan perkembangan terkini mengenai laluan-laluan yang terjejas menerusi media sosial FB dan Twitter dari masa ke semasa.
Malah JKR telah mencadangkan laluan alternatif yang boleh digunakan oleh pengguna jalan raya. Walau pun laluannya lebih jauh dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke negeri berkenaan, namun buat setakat ini, mungkin ia merupakan antara cara terbaik bagi menghantar bantuan ke negeri yang mengalami bencana alam ini.
Sumber : FB Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor