RON95 & diesel dijangka mungkin turun bawah RM2 seliter mulai 1 Jan – Maslan
By 0 Comments
|
Kemungkinan besar kerajaan akan mengumumkan harga baharu bagi bahan api terutamanya RON95 dan diesel sebelum 1 Jan 2015 menjelma.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, harga runcit RON95 dan diesel dijangka turun di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Jan ini, sekiranya harga minyak dunia kekal mengalami penurunan, menurut laporan Bernama.
Di mana harga runcit berkenaan boleh dicapai kerana bagi 18 hari pertama bulan ini, harga purata minyak RON95 dan diesel jatuh di bawah paras RM2 seliter.
Buat masa ini, harga runcit RON95 ditetapkan pada harga RM2.26 seliter manakala harga runcit diesel pula dijual pada RM2.23 seliter.