RON95 & diesel dijangka antara RM1.90-RM1.95 seliter – Maslan
By 0 Comments
|
Harga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka turun kepada sekitar RM1.90 dan RM1.95 seliter mulai Khamis ini, laporan Berita Harian.
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menerusi tweet terbaharu beliau petang tadi.
Maslan turut berkata, pengumuman mengenai harga baharu bagi bahan api berkenaan akan dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK).