Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin salur dana RM1 juta demi membantu mangsa banjir
Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin yang dikendalikan oleh Kumpulan Syarikat NAZA turut tampil menghulurkan bantuan sebanyak RM1 juta bagi mangsa-mangsa banjir.
Bantuan bernilai RM1 juta itu merangkumi bot (bagi pengangkutan) dan keperluan harian termasuk makanan, kelengkapan solat dan perubatan telah diagih-agihkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri yang terlibat,
“Kumpulan Syarikat NAZA dan Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin turut terpanggil untuk menghulurkan bantuan sebaik mungkin bagi mengurangkan bebanan yang sedang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir. Kami akan cuba sedaya menghulurkan bantuan yang sewajarnya pada masa ini dan juga akan datang,”kata SM Nasarudin SM Nasimuddin selaku ahli lembaga pengarah yayasan berkenaan.
Bukan itu sahaja, Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin turut membantu para sukarelawan di dalam usaha mengedar barang bantuan dan tugas-tugas pembersihan selepas bencana.