Toyota Vios 2015 alami sedikit pembaharuan
Laman web rasmi Toyota Malaysia telah memaparkan imej pengenalan bagi model Vios versi 2015 yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Malah iklan promosinya juga telah disiarkan menerusi oto.my dengan memaparkan beberapa varian iaitu G, E dan J.
Walau hanya mengalami sedikit perubahan kecil, di mana varian 1.5 G yang merupakan model spesifikasi tertinggi kini turut tampil dengan kekemasan hitam untuk bahagian kabinnya. Sebelum ini, hanya model 1.5 G yang menampilkan warna hitam-kuning air pada kabinnya termasuk tempat duduk berwarna kuning air.
Manakala varian 1.5 E dan 1.5 J pula tampil dengan elemen tambahan iaitu sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin (yang sebelum ini hanya ada pada varian G dan TRD Sportivo).
Harga atas jalan (termasuk insurans) yang ditawarkan ialah RM94,800 untuk TRD Sportivo, RM89,990 untuk varian G, RM84,300 untuk varian E dan RM78,800 untuk varian J auto. Manakala varian J manual pula berharga RM74,700.
Manakala harga bagi model sedia ada yang dilancarkan pada Oktober 2013 ialah RM93,200, RM88,500, RM82,900 dan RM77,300.