Mitsubishi Malaysia anjur kempen pemeriksaan buat model Lancer, Lancer Sportback, Lancer Evolution & ASX (2007-2010)
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah menganjurkan kempen pemeriksaan untuk Lancer, Lancer Sportback, Lancer Evolution dan ASX buatan antara tahun 2007 dan 2010. Ia hanya melibatkan model CBU sahaja (ASX model pemasangan tempatan/CKD tidak terlibat dengan kempen ini).
Ia adalah bagi pemeriksaan komponen V-Belt dan Brake Booster dan ia perlu digantikan sekiranya perlu.
MMM akan menghantar surat makluman kepada semua pemilik kenderaan berkenaan yang terlibat dan kos pemeriksaan serta penukaran alat ganti ini (jika perlu) adalah ditanggung sepenuhnya oleh Mitsubishi sendiri.
Pemilik kenderaan model berkenaan diminta membuat temujanji bagi pemeriksaan ini di mana-mana pusat servis Mitsubishi yang bertauliah. Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, bolehlah menghubungi talian perkhidmatan pelanggan Mitsubishi di 1-800-18-6611 (Isnin hingga Jumaat 9:00am-5.00pm).