Subaru XV Crosstrek Edisi Terhad 2015 untuk UK sahaja
Subaru telah pun mengambil keputusan untuk membawa masuk model Subaru XV Crosstrek Edisi Terhad 2015 ke pasaran United Kingdom pada musim bunga ini.
Model edisi terhad ini diproduksi berdasarkan XV Crosstrek 2.0i Premium dan kelainan yang ditonjolkan ialah lampu utama dengan lapisan gelap, bumbung panoramik dan warna eksklusif bagi luaran iaitu Sunrise Yellow.
Bahagian kabinnya pula menerima elemen tambahan termasuk roda stereng balutan kulit, kemasukan tanpa kunci dan juga sistem infotainmen STARLINK dengan skrin paparan sesentuh bersaiz tujuh-inci.
Subaru XV Crosstrek Edisi Terhad 2015 ini dijanakan oleh enjin Boxer 2.0 liter yang berkeupayaan menghasilkan kuasa sehingga 148 hp dan tork setinggi 198 Nm. Ia juga disambungan dengan transmisi CVT dan sistem pacuan semua-roda simetri.
Subaru hanya memproduksikan model ini sebanyak 1000 unit sahaja dan harganya bermula dari $25,290 (RM90,419).
Related
Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.