NAZA World Cares turut hulur bantuan untuk mangsa banjir
Atas dasar keprihatinan, NAZA World turut tidak ketinggalan tampil membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa buah negeri di Utara dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Dengan sumbangan sebanyak RM400,000, menerusi Naza World Cares, bekalan makanan dan keperluan asas telah disumbangkan kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana alam ini. Naza World Cares adalah aktiviti tanggungjawab sosial (CSR) yang dikendalikan oleh sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan NAZA Group dan Eftra Group.
Seramai 50 orang sukarelawan telah menyertai misi bantuan ini dengan menaiki 12 unit Chevrolet Colorado dan Captiva menuju ke Pantai Timur yang turut diiringi lima buah lori yang membawa bekalan bantuan. Seramai 1,500 buah keluarga telah dibantu di lokasi terbabit termasuklah Kuantan, Pahang dan Kuala Krai, Kelantan.