Mazda CX-3 akan dilancarkan di Malaysia Julai ini
Menurut laporan kajian yang dikeluarkan oleh CIMB, Mazda CX-3 dijangka bakal dilancarkan di Malaysia pada bulan Julai ini. Pesaing pada model HR-V, Ford EcoSport dan Peugeot 2008 ini dikatakan lebih awal dilancarkan di Malaysia berbanding dengan kajian yang pernah dikeluarkan oleh RHB.
Model CBU 2.0 liter ini kemungkinan besar dijual pada harga di bawah RM130k. Malah kajian tersebut turut menyebut Malaysia merupakan satu-satunya negara ASEAN yang diberi hak untuk mengedarkan model CX-3 buat setakat ini.
Diperkenalkan di Los Angeles Auto Show 2014, CX-3 ini dijangka dilancarkan terlebih dahulu di Jepun pada Mac ini. Setakat ini, Mazda mengesahkan, ia bakal ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 1.5 liter SkyActiv-D diesel dan 2.0 liter SkyActiv-G petrol. Ia dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan atau auto SkyActiv-Drive dan versi pacuan semua-roda juga ditawarkan.