Diesel Euro 5 bakal diperluaskan di luar Johor – MAI
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Mohamad Madani Sahari telah mengumumkan perancangan untuk memperluaskan pasaran bahan api diesel Euro 5 dari luar Johor dan ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Buat setakat ini, di Johor, 11 buah stesen BHPetrol dan satu stesen Petronas telah pun menawarkan diesel berkualiti tinggi.
Selangor dan Kelantan, antara dua buah negeri yang disebut-sebut bakal berada dalam perancangan ini. Namun buat setakat ini, tidak dinyatakan bilakan program ini akan mula dilaksanakan.
Di Johor, Euro 5 Diesel ini yang diimport sepenuhnya dijual pada harga kawalan iaitu RN1.93 seliter, lebih 10 sen berbanding diesel Euro 2M biasa.
Pada November 2014 lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek mendedahkan bahan api di Malaysia bakal dinaiktarafkan iaitu Euro 4 RON 97 pada September 2015, Euro 4 RON 95 pada October 2018, Euro 5 diesel pada September 2020, Euro 5 RON 95 dan RON 97 pada September 2025.