Ford F-150 Raptor 2016 mantap!
Ford menggelarkannya sebagai “Pikap untuk off-road yang paling berprestasi tinggi”, ternyata rekaan yang penuh evolusi ini menjadikan Ford F-150 Raptor 2016 mampu mencuri pandangan.
Dengan gril hadapan yang nampak garang, disambung pula ke lampu utama LED dan perkataan FORD di tengahnya membuatkan trak pikap ini kelihatan agak ‘sombong’. Bukan itu sahaja, bampar hadapan yang kelihatan rugged menambahkan lagi gayanya.
Malahan penampilan fender hadapan, lampu belakang yang unik, sistem ekzos berkembar dan rim aloi bersaiz 17-inci dengan tayar BFGoodrich All-Terrain KO2 menjadikan Ford F-150 Raptor 2016 kelihatan lebih gagah.
Bentangan bahagian kabinnya juga ternyata lebih luas, selain menampilkan pedal penukar gear dan panel kawalan tambahan bagi aksesori tambahan termasuk lampu dan pemampat udara.
Ford mengesahkan Raptor ini bakal dikuasakan oleh enjin 3.5 liter EcoBoost V6, di mana ia boleh menghasilkan kuasa yang lebih berprestasi berbanding enjin 6.2 liter V6, iaitu 411 hp dan 587 Nm. Enjin ini juga disambungkan dengan transmisi automatik 10-kelajuan dan sistem pacuan empat-roda dengan torque-on-demand transfer case.
Ford F-150 Raptor 2016 ini turut ditampilkan dengan Terrain Management System yang membolehkan pemandu memilih mod pemanduan berlainan termasuklah Normal, Street, Weather (hujan, salji, ais), Mud/Sand, Baja dan Rock.
Ford turut berkata, sistem yang mengubah penentu ukaran bagi penjana kuasa, sistem kawalan cengkaman, driveline, brek anti-kunci dan sistem kawalan kestabilan AdvanceTrac bagi memberikan prestasi yang lebih optimum mengikut keadaan.
Dijangkakan trak ini bakal dijual pada musim luruh tahun 2016 dan harganya akan diumumkan menjelang hari pelancarannya. Kini ia sedang dipamerkan di NAIAS 2015, Detroit.