Shelby GT350R Mustang cukup berkuasa!
Melihat foto yang diedarkan oleh Ford ini, ternyata model Shelby GT350R Mustang yang sedang dipertontonkan di NAIAS 2015 sentiasa menjadi perhatian ramai.
Digambarkan sebagai “the most track-ready road-going production Mustang ever built”, Ford mengesahkan jentera ini bakal dilancarkan di pasaran pada tahun ini.
Shelby GT350R Mustang dilihat sebagai sebuah jentera yang memiliki keupayaan lebih daripada Mustang biasa, hasil inovasi teknologi aerodinamik, kejuruteraan casis dan kerangkanya yang lebih ringan.
Kit aerodinamik yang ditampilkan pada model Mustang ini terdiri daripada hud corong udara baharu, peresap yang lebih agresif, vented wheel wells, pelindung roda udara dan skirt sisi.
Jentera ini dipadankan dengan enjin 5.2 liter V8 yang mampu menghasilkan kuasa melebihi 500 hp dan tork melebihi 542 Nm. Ia juga digabungkan dengan transmisi manual enam-kelajuan sebagai standard.
Jentera ini turut diberi penambah baikan dengan menampilkan roda gentian karbon yang lebih ringan bersaiz 19-inci, menjadikan Ford sebagai pengeluar kenderaan pertama yang memperkenalkan teknologi tayar sebagai elemen standard.
Bagi Shelby GT350R Mustang ini juga, Ford telah ‘menyingkirkan’ penghawa dingin, sistem stereo, tempat duduk belakang, trunk floorboard dan karpet, kamera belakang dan tayar ganti untuk mengurangkan beratnya. Ia membuatkan jentera ini 59kg lebih ringan berbanding model Shelby GT350 Track Pack.
Namun untuk keselesaan, Ford telah menawarkan pakej elektronik dengan menambahkan zon berkembar penghawa dingin, skrin sesentuh bersaiz lapan-inci dengan fungsi navigasi, sistem audio bersama lapan pembesar suara, cermin lampu isyarat sisi dan banyak lagi.
1 Comment