ETCM anjur kempen ‘Keriangan Berganda’ sempena CNY
Bagi menyambut Tahun Kambing pada tahun ini, ETCM juga mengumumkan tawaran dan promosi ‘Keriangan Berganda’ Tahun Baru Cina (CNY) ke atas beberapa model Nissan yang terpilih untuk dinikmati oleh pelanggan. Kempen ini telah pun bermula pada 3 Januari lalu sehingga 28 Februari ini, menawarkan penjimatan hebat ke atas model-model Nissan seperti Teana, Serena S-Hybrid, Navara, Sylphy, Grand Livina dan X-Gear.
Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng memberitahu, karnival ini merupakan peluang terbaik untuk ETCM membawakan produk-produk Nissan agar lebih dekat dengan rakyat Malaysia.
“Kami percaya bahawa dengan mengadakan Karnival Pandu Uji Nissan ini, kami meraikan Tahun Baru Cina yang akan datang bersama pelanggan-pelanggan kami dengan lebih meriah. Kami ingin menawarkan peluang kepada semua orang untuk merasai pengalaman yang Nissan mampu tawarkan. Kami harap para pelanggan di wilayah Selatan dan Utara tidak melepaskan peluang untuk merebut tawaran-tawaran serta pakej hebat yang kami sediakan. Lagipun, model Nissan yang sudah lama ditunggu-tunggu, Nissan X-Trail serba baharu akan berada di karnival ini,” katanya
Lebih menarik lagi, Nissan kini sedang menganjurkan peraduan “Pandu Uji dan Menang Besar” yang menawarkan peluang untuk memenangi hadiah sebuah Nissan Sylphy baharu. Setiap para pelanggan layak menerima satu borang penyertaan dan hanya perlu melengkapkan slogan untuk menyertai peraduan ini.
Bagi yang membeli dan mendaftarkan kenderaan Nissan mereka sebelum 28 Februari 2015 pula layak menerima tujuh keping borang penyertaan tambahan bagi meningkatkan peluang memenangi Nissan Sylphy. Peraduan ini berlangsung sehingga 28 Februari 2015 dan pemenang akan dipilih berdasarkan slogan yang paling kreatif.
Orang ramai dijemput untuk mengunjungi mana-mana bilik pameran Nissan pada tiga hujung minggu bermula 24 Januari, 7 dan 14 Februari untuk menikmati tawaran hebat yang disediakan.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi www.nissan.com.my, atau hubungi Jabatan Khidmat Pelanggan ETCM di talian 1800-88-3838.