Subaru XV serlahkan keyakinan

By  |  0 Comments

XV24

Jika sebelum ini, agak jarang kelihatan produk Subaru di jalan-jalan Malaysia. Sesekali baru kelihatan Subaru Impreza atau pun Forester. Semacam rare pula jenama ini di negara kita. Adakah kerana soal harga atau pun ia tidak dibawa masuk ke pasaran Malaysia secara meluas? Jika sebut soal harga, ia tidak jauh berbeza dengan jenama pesaingnya. Jadi, adakah faktor kedua itu yang menjadi penyebab? Sukar untuk mencari jawapan yang pasti.

Namun selepas Motor Image, anak syarikat Tan Chong International Limited melancarkan Subaru XV buat pasaran Malaysia, model ini semakin menjalari jalan raya di sini. SUV crossover yang merupakan model pemasangan tempatan (CKD) ini dipasang di Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd. yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur.

Subaru XV yang dipacukan oleh sistem pacuan empat roda turut menerima enjin BOXER seperti mana model Subaru yang lain. Subaru sememangnya terkenal dengan enjin BOXER yang menggabungkan keseimbangan antara kuasa dan penggunaan bahan api yang efisien. Sekali gus memberikan respons tujahan tork pada peringkat yang tinggi biar pun dalam kelajuan yang rendah.

Dijanakan oleh enjin berkapasiti 2.0 liter empat silinder DOHC 16-injap, XV menggabungkan kecekapan pengendalian dan prestasi sederhana. Kerahan kuasanya sederhana pantas namun lonjakan tork yang dipersembahkan memberikan ekstra bonus buat XV ini. Tercatat dalam spesfikasi, XV mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 150PS pada takat 6,200 rpm. Manakala tujahan tork sehingga 196Nm pada takat 4,200rpm memang mencukupi buat XV yang tidak dibantu oleh kuasa turbo.

XV48

Ketika memandu uji model ini, penulis mendapati prestasinya berada pada tahap sederhana namun tetap keseronokan mengendalikannya. Ketika melenjannya di lebuh raya, kepuasan memandunya memang berganda kerana tahap kuasa XV ini sesuai dengan kerangkanya. Tidak terasa berat biar pun kerahan kuasa ditekan lebih bagi mendapatkan kelajuan optimum.

Walau bagaimana pun kuasa sterengnya agak berat, itu yang membuatkan keseronokan mengendalikannya sedikit merundum. Mungkin patennya dibuat begitu oleh Subaru bagi memadankan karakternya yang mudah ditambah kelajuan ketika sedang dipacu. Cuma apabila ingin membuat pusingan U atau ketika memarkirnya, sedikit keluhan tercetus kerana sterengnya yang terasa sedikit berat itu.

Dengan transmisi Lineartronic CVT, penulis lebih seronok memilih mod Manual dengan menggunakan pedal pemboleh ubah yang terdapat di belakang stereng. Anjakan satu per satu gear cukup teratur tanpa terasa sentakan termasuklah jika memilih mod Auto. Tetapi bagi penulis, transmisi ini kurang menyengat kerana momentum putaran enjin menjadi perlahan apabila jentera dipandu laju. Seakan ada sesuatu yang ‘kurang’ di situ yang membuatkan pengendalian bertukar mendatar. Jadi penulis lebih senang memilih mod Manual bagi mengelakkan rasa bosan ketika mengendalikannya.

Sistem brek dan suspensinya juga mantap memberikan bonus ekstra pada XV ini. Olengan kerangka juga kurang dirasai biar pun sewaktu melayan selekoh-selekoh di jalanan. Casisnya terasa agak mantap membuatkan jentera seolah-olah melekat atas jalan ketika dipacu apatah lagi jika dalam kelajuan yang agak tinggi. Malah breknya juga cukup responsif apabila diperlukan. Beberapa kali penulis terpaksa brek agak mengejut bagi mengelakkan halangan di jalan raya namun kesan sentakan breknya masih minimum.

XV38

Penulis akui, agak tertarik dengan rekaan luarannya. Cukup sporty dan ranggi. Namun apabila memasuki ruang kabin, graf ‘tertarik’ itu sedikit menurun. Tiada apa yang menarik perhatian berkenaan dengan rekaan di dalam kabinnya terutamanya pada bahagian papan pemuka. Susun atur papan pemuka termasuk ruang panel meter juga agak ringkas dan sedikit konvensional. Skrin sistem navigasi, sistem audio dengan enam pembesar suara dan kerusi balutan kulit antara elemen yang ditampilkan di dalam kabin XV.

XV15

Namun XV tampak lebih hebat dari luaran terutamanya dengan padanan rim aluminium bersaiz 17 inci, spoiler pada bumbung, lampu kabus di hadapan dan lampu utama Halogen. Emblem SUBARU yang ditampilkan di tengah-tengah gril bampar hadapan merupakan trademark bagi jenama ini. Secara keseluruhan, boleh dikatakan dari luaran, imej XV lebih mempersona.

XV25

Untuk keselamatan, XV turut tampil dengan beg udara SRS di bahagian hadapan, ABS, EBD, Sistem Bantuan Brek (BAS), Sistem Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Bantuan Mendaki Bukit dan ISOFIX.

Dengan harga atas jalan RM145,800 (tanpa insurans), XV 2.1i ini memang berbaloi bagi keluarga sederhana mahu pun golongan eksekutif muda yang mencari-cari sebuah crossover sebagai kenderaan harian.

Spesifikasi :

Enjin: 2 liter, empat silinder DOHC 16-injap
Kuasa maksimum: 148hp @ 6,200rpm
Tork maksimum: 196Nm @ 4,200rpm
Transmisi: Lineartronic CVT, pacuan semua roda
Sistem brek : Ventilated Disc Brakes (hadapan)/Solid Disc Brakes (belakang)
Sistem suspensi : MacPherson Strut dengan bar penstabilan (hadapan)/Double Wishbone dengan bar penstabilan (belakang)
Tayar : 225/55 R17
Kapasiti tangki bahan api : 60 liter

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/qiuqiu/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://www.ahcfacilities.com/sport/parlay/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/bandarqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pkvgames/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/dominoqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pokerqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/pkvgames/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/dominoqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/bandarqq/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://dbqpbvms.org/pkv-games/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/ https://www.coolyrockson.com/wp-includes/js/docs/bandarqq/ https://www.coolyrockson.com/wp-includes/js/docs/dominoqq/