Bermaz lancar Pusat Cat & Badan Kenderaan Mazda di Glenmarie Shah Alam
By 0 Comments
|
Sempena dengan pelancaran Mazda2 petang semalam, Bermaz Motor turut merasmikan Pusat Cat & Badan Mazda yang terletak kurang dari 300 meter dari ibu pejabat mereka di Glenmarie, Shah Alam.
Terletak dalam keluasan 67,165 kaki persegi, Pusat Cat & Badan Mazda ini merupakan salah satu perkhidmatan selepas jualan yang ditawarkan oleh Mazda kepada para pelanggan mereka. Di mana ia menyediakan perkhidmatan seperti mengecat dan membaiki kenderaan Mazda serta memasang lapisan pelindung pada cermin kenderaan.
Ia turut menawarkan fasiliti bagi program latihan untuk Perkhidmatan Selepas Jualan dalam Teknologi Memperbaiki badan kenderaan dan juga teknik cat semburan. Program ini turut mendapat kerjasama dari Berjaya Sompo and Kansai of Japan.