UMW Toyota Motor umum pelantikan Akio Takeyama sebagai Timbalan Pengerusi baharu
By 0 Comments
|
UMW Toyota Motor telah mengumumkan pelantikan rasmi Akio Takeyama sebagai Timbalan Pengerusi yang baharu bagi menggantikan Datuk Takashi Hibi efektif 1 Januari 2015.
Pelantikan Akio Takeyama ini dilihat mampu menguatkan lagi UMW Toyota Motor sebagai operasi perniagaan bagi Toyota Motor Corporation di mana Malaysia turut diyakini mampu menjadi pasaran yang lebih sofistikated serta memiliki masa depan yang cerah di Asia.
Memiliki pengalaman selama 30 tahun di Toyota Motor Corporation, Akio Takeyma mempunyai pendedahan antarabangsa yang luas dalam perniagaan automotif dan kaya dengan pengetahuan dalam industri automotif global. Malah sebelum ini beliau turut pernah berkhidmat di negara luar termasuk Eropah, Afrika, Timur Tengah dan India.