Honda CR-Z tidak diteruskan bagi pasaran Australia
Honda telah mengumumkan Australia tidak akan meneruskan jualan bagi model CR-Z. Ini didorong oleh faktor jualan yang perlahan dan kurang mendapat sambutan di negara berkenaan. Sebelum ini Honda juga pernah membuat keputusan yang sama bagi pasaran Eropah (termasuk model Insight).
Walau bagaimana pun, Amerika Syarikat telah mengumumkan bakal melancarkan CR-Z 2015 tidak lama lagi. Ia bakal dijual bermula harga $20,935 dan dikuasakan oleh enjin 1.5 liter empat-silinder i-VTEC yang bekerjasama dengan motor elektrik.
Ia turut dipadankan dengan kotak gear CVT atau manual enam-kelajuan. Kombinasi penjana kuasa ini membolehkan ia menyalurkan kuasa sehingga 130 hp pada 6,000 rpm dan tork 140 lb-ft (127 lb-ft dengan CVT) antara 1,000 dan 3,000 rpm.
Honda CR-Z 2015 versi-US