Ferrari bakal dedah model terbaharu 3 Feb ini
Ferrari dijangka mendedahkan model terbaharu mereka pada 3 Feb ini selepas menyebarkan imej yang penuh tanda tanya beberapa kali. dengan hashtag #PERFORMANCE, #emotion, #design dan #WORDSARENOTENOUGH membuatkan peminat Ferrari semakin berdebar-debar menantikan pengumuman dan pendedahan selanjutnya dari jenama jentera mewah ini.
Ada pemerhati dunia automotif berpendapat, kemungkinan besar jentera terbaharu ini merupakan model facelift bagi 458 Italia dan dipanggil 458 M (Modificata). Bukan itu sahaja, enjin 3.8 liter twin-turbp V8 juga dikatakan akan digantikan dengan enjin 4.5 liter V8.
Ia juga dikatakan bakal dipadankan dengan kotak gear klac-berkembar yang mampu membantunya meledakkan kuasa kelajuan dari 0-100 km/j dalam hanya 3.4 saat dan kelajuan maksimum pula melebihi 325 km/j.
Model terbaharu ini dijangka bakal tampil secara perdana pada awal Mac ini di Geneva Motor Show, namun ia akan didedahkan di Internet sebulan lebih awal.