Nissan Maxima 2016 bakal dipertontonkan di New York Auto Show April ini
By 0 Comments
|
Digambarkan sebagai “kereta sports empat-pintu”, Nissan bakal mempertontonkan generasi baharu Maxima di New York Auto Show April ini.
Model serba baharu ini tampil dengan gaya yang diadaptasi dari model konsep Sport Sedan, namun memiliki profil yang lebih menarik dengan garisan bumbung yang kelihatan ‘terapung’ dan bahagian hadapan berbentuk-V.
Setakat ini, Nissan masih belum mendedahkan spesifikasi teknikal, namun menurut beberapa sumber, kemungkinan besar model ini akan dipadankan dengan enjin 3.6 liter V6 yang mampu menghasilkan kuasa melebihi 260 hp. Nantikan saja maklumat selanjutnya menjelang New York Auto Show ini.