Hyundai siar video pertama model Tucson & ix35 2016
Hyundai telah menyiarkan lakaran rekaan dan video pertama mengenai model Tucson dan ix35 2016. Di mana model-model ini akan didedahkan sepenuhnya di sidang media Hyundai Motor yang bakal dijalankan sempena Geneva Motor Show 2015 pada 3 Mac ini.
Rekaan SUV terbabit dikatakan mengetengahkan imej yang “lebih berani dan mampu membuatkan ia tampil membanggakan” dan memiliki karakteristik yang “lebih bersih, berani dan garisan yang lebih tajam” serta menonjolkan gril haksagon ciptaan tersendiri Hyundai.
Sebelum ini ada laporan yang mengatakan, kemungkinan besar model SUV crossover baharu ini bakal dijanakan oleh enjin petrol yang mampu memberikan kuasa antara 140 dan 170 hp dan diesel 116-184 hp.
Apa pun untuk perician selanjutnya, kena tunggu perkembangan dari Hyundai Motor sendiri.