Pemenang peraduan ‘Give Me 5’ bawa pulang Volkswagen Scirocco
Volkswagen Malaysia telah mengumumkan pemenang bagi peraduan yang dianjurkan, ‘Give Me 5’ baru-baru ini. Pemenang utamanya, Loo Kuok Tung, telah berjaya membawa pulang Volkswagen Scirocco.
Peraduan ‘Give Me 5’ ini berlangsung dari 9 hingga 31 Oktober lalu, telah menerima ribuan penyertaan dari kalangan pelanggan Volkswagen di seluruh negara. Peraduan ini turut membuka peluang kepada para pelanggan berkenaan untuk menikmati lima keunikan faedah iaitu lima tahun penyelenggaraan percuma, lima tahun cukai jalan percuma, lima tahun jaminan, lima tahun jaminan mobiliti dan baucer petrol bernilai RM500. Sebagai tambahan, setiap pelanggan yang menempah mana-mana model Volkswagen berpeluang memenangi Scirocco.
“Kami berusaha untuk mewujudkan peluang yang membawa pelanggan-pelanggan kami lebih dekat dengan jenama ini dan pertandingan ini adalah platform untuk kita berbuat demikian. Kami berbangga melihat kereta Volkswagen yang dipandang tinggi oleh pelanggan kami di Malaysia,”ujar Martina Berg, Pengarah Pemasaran Volkswagen Malaysia.