Toyota 86 Style Cb khas untuk pasaran Jepun
By 0 Comments
|
Toyota telah melancarkan model 86 Style Cb edisi istimewa untuk pasaran domestik Jepun (JDM). Sebelum ini, ia pernah dipertontonkan sebagai model konsep 86xstyle Cb di Tokyo Auto Salon pada tahun 2013.
Model 86 Style Cb (Cb bermaksud Cool Beauty) ini direka semula sepenuhnya termasuk menampilkan bampar hadapan baharu, gril radiator dan lampu utama berbentuk-oval serba baharu.
Bagi bahagian kabinnya, ia turut dilengkapi dengan roda stereng balutan kulit, kekemasan baharu pada papan pemuka dan panel instrumen yang dimodifikasi. Toyota turut berkata, stereng berkuasa model ini telah diberi penambah baikan serta keselesaan bagi pengendaliannya juga telah banyak diperbaiki.