Bermaz memperkenalkan pusat kereta terpakai Mazda Anshin
By 0 Comments
|
Bermaz telah melancarkan pusat kereta terpakai Mazda Anshin yang pertama.”Ashin” merupakan perkataan Jepun yang bermaksud “ketenangan fikiran.
Pusat kereta terpakai ini terletak hanya 2 km dari ibu pejabat Mazda di Glenmarie, Shah Alam, mempamer dan menjual kereta-kereta terpakai Mazda dengan harga yang berpatutan tetapi masih dalam kualiti yang diyakini.
Bermaz secara konsisten telah mempamerkan iltizam yang kukuh dan mantap untuk menyampaikan pengalaman pemilikan yang terbaik dengan Program Penyenggaraan dan Waranti Percuma termasuk juga dengan kereta terpakai ini. Di mana kereta-kereta yang dijual di pusat ini tetap menjalani semua penyelenggaraan berjadual bagi memastikan tahap kualitinya berada dalam keadaan baik.