Audi R8 2016 menanti detik untuk dibongkarkan!
Audi baru sahaja mendedahkan foto pertama model R8 generasi kedua yang hanya terpapar lampu utama laser. Ia bakal tampil buat julung kalinya di Geneva Motor Show 2015 yang bakal berlangsung awal Mac ini.
Kemungkinan besar jentera super hebat ini bakal ditawarkan dengan enjin 4.2 liter V8 dan 5.2 liter V10 yang ‘dipinjam’ daripada Lamborghini Huracan tetapi telah diberi talaan semula.
Bukan itu sahaja, Audi R8 generasi kedua ini juga akan diproduksi dengan gentian karbon dan casis aluminium yang sama tetapi mempunyai jarak roda yang lebih panjang dan trek yang lebih luas sedikit.
Apa yang lebih menariknya, Audi turut mengesahkan untuk menukar transmisi manual seperti mana yang ada pada model sedia ada dan menggantikannya dengan transmisi automatik S Tronic tujuh-kelajuan bagi supercar ini.
Cerita selanjutnya akan disiarkan selepas Audi bersedia mengumumkannya secara rasmi kelak.