Toyota Corolla Altis 2014 cetus perspektif tersendiri

By  |  14 Comments

2014_Toyota_Corolla_Altis_InfoKereta_ 003

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla Altis pantas mendapat perhatian seantero dunia. Diangkat sebagai salah sebuah kenderaan penumpang terhangat pada tahun 1974, secara tidak langsung telah melakar sejarah kejayaan bagi empayar Toyota. Satu kebanggaan buat pengeluar kenderaan terkemuka dari matahari terbit itu untuk bersaing dengan jenama lain di peringkat global.

Kini Corolla Altis generasi ke-11 telah pun dihasilkan dan ia bakal dilancarkan secara rasminya untuk pasaran Malaysia pada 20 Januari ini. UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah pun mula mewar-warkan model ini di dalam laman sesawang rasmi mereka sejak pertengahan Disember 2013.

Lima hari sebelum ia mula berada di bilik pameran Toyota, UMWT telah mengundang sekumpulan media permotoran tempatan untuk memandu uji Altis ini. Walau pun sesi pandu uji ini hanya mengambil masa selama setengah hari, namun jarak pemanduan dari ibu pejabat UMWT yang terletak di Shah Alam menuju ke Mantin, Negeri Sembilan dengan merentasi Semenyih, memberikan pengalaman di dalam pengendalian model ini.

700_3822

Nah! Dari Infokereta khas untuk anda… Toyota Corolla Altis ternyata berpotensi mencetuskan perspektif tersendiri bagi menarik perhatian ramai.

Infokereta digandingkan dengan rakan seperjuangan, Hafriz Shah dari Paultan.org untuk bergilir-gilir memandu Altis 2.0V iaitu varian tertinggi di dalam keluarga model ini.

Kekuasaan ‘jantung’ di bawah hud model ini iaitu 2.0 liter empat silinder sebaris 16-injap DOHC dengan Dual VVT-i berkeupaya melampiaskan kuasa maksimum sehingga 145 PS pada 6,200rpm dan puncak tork 187 Nm pada 3,600rpm. Melenjannya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan kampung, sehinggalah merentasi kawasan pekan, kuasa Altis tidak mengecewakan.

2014_Toyota_Corolla_Altis_InfoKereta_ 067

Malah ketika gigih mengejar ‘lead car’ yang mengetuai konvoi, pedal pendikit tidak perlu sentiasa ditekan habis-habisan untuk mengerah enjin supaya ligat beroperasi lebih pantas. Tetapi sesekali kaki ‘gatal’ juga ingin menekan pedal pendikit sehingga mencecah lantai kenderaan, namun enjinnya masih ‘cool & chillax’, tidak mengaum sebarangan. Bonus yang boleh diberi pada enjin ini selain daripada cukup responsif dan impresif, ia juga tidak menghasilkan bunyi yang membingitkan. Malah bunyinya tidak serap memasuki kabin.

2014_Toyota_Corolla_Altis_InfoKereta_ 022

Pujian harus tidak dilupakan untuk diberi kepada kotak gear yang memainkan peranan penting di dalam pengendalian kenderaan daripada segmen-C ini. Padanan kotak gear CVT dengan tujuh kelajuan turut dibantu oleh Sports Sequential Shift. Pertukaran gear secara automatik lancar tanpa kesan sentakan.

Malah jika mahukan pengendalian yang tidak membosankan, pilih sahaja mod manual dan gunakan pedal penukar gear yang terletak di belakang stereng. Ia menyuntik sedikit kegembiraan untuk mengendalikan jentera ini apatah lagi ketika melayan selekoh-selekoh. Apatah lagi Altis ini turut dipadankan dengan stereng berkuasa elektrik (EPS) yang bertindak cemerlang dan memang responsif. Bekerjasama erat dengan pedal pendikit, pedal brek dan kotak gear CVT ini.

Malah tidak terasa berat ataupun terlalu ringan apabila mengendalikan stereng ini. Ia juga memudahkan pemandu terutamanya jika membuat pusingan U (Altis tampil dengan jejari pusingan minimum 5.4 meter), memarkir atau pun ketika melalui selekoh dan jalan berliku.

Oh! Stereng, pedal pendikit, pedal brek dan kotak gear tentu saja tidak membantu pengendalian secara 100 peratus jika tanpa kehadiran sistem suspensi yang mantap. Altis dilengkapi dengan sistem suspensi MacPherson Strut dengan bar penstabil untuk bahagian hadapan dan Torsion Beam bagi belakang pastinya memberikan kuasa pengendalian dan kestabilan yang lebih mantap di dalam pemanduan.

2014_Toyota_Corolla_Altis_InfoKereta_ 028

Ketika giliran penulis untuk berada di tempat duduk penumpang, sengaja memilih untuk duduk di belakang. Dengan tujuan untuk merasai kestabilan Altis ini dari tempat duduk penumpang belakang. Walau pun rakan pemandu mengendalikan Altis ini agak agresif sewaktu melalui jalan berliku dan beralun di daerah Lenggeng, Negeri Sembilan, penulis di belakang masih relaks tanpa terasa kesan bumpy. Nampak gayanya kesan olengan kerangka Altis ini agak minimum dan membuatkan keselesaan masih dapat dirasai secara optimum.

Ternyata Altis juga berkeupaya dipacu dalam apa jua cara pemanduan sama ada relaks mahu pun sedikit agresif. Ia memang tampil dengan pemanduan dinamik.

Itu berkaitan dengan pengalaman pemanduan dan pengendalian jentera ini. Bagaimana dengan rekaan luaran dan dalaman yang dikatakan menerima suntikan kosmetik baharu?

Boleh dikatakan paras rupa Altis 2014 ini sangat berbeza dengan model sebelumnya. Di mana elemen sporty, elegan dan eksekutif ditampilkan daripada setiap sudut perinciannya. Sekilas pandang, bampar hadapan Altis lebih kurang mirip dengan Vios. Oh! Mungkin kerana ia diproduksi di bawah bumbung yang sama.

2014_Toyota_Corolla_Altis_InfoKereta_ 014

Di mana bampar hadapan Altis juga menerima gril rekaan baharu yang turut dihiasi dengan lampu utama projektor LED bersama lampu pencahayaan siang (untuk varian 1.8E dan 2.0G hanya ditampilkan dengan lampu utama projektor halogen) yang tampak garang. Lampu kabusnya juga menyerlahkan lagi gaya hadapan Altis ini.

Dari sisi kerangka, terserlah ciri-ciri aerodinamik dengan garisan lekukan yang tampak menyerlah. Pemegang pintu pula dihiasi dengan krom, cermin sisi dilengkapi dengan lampu isyarat dan paling menyerlah sudah pasti rim aloi bersaiz 17 inci yang membaluti tayar 215/45.

2014_Toyota_Corolla_Altis_InfoKereta_ 007

Altis baharu ini turut menerima rekaan bonet yang baharu, lebih menonjol dengan lampu belakang yang membujur dengan lekukan tajam yang agak ‘sombong’ rupanya. Kekemasan krom pada bahagian tengah bonet juga memberikan impak yang berlainan buat Altis baharu ini. Emblem Toyota Corolla Altis dan 2.0V disusun menarik pada bahagian kanan dengan ‘Toyota’ di bahagian tengah, nampak lebih kemas serta tidak sarat mata memandang.

2014_Toyota_Corolla_Altis_InfoKereta_ 011

Bahagian kabinnya juga tidak kalah dengan sentuhan yang lebih diperkemaskan. Kata Toyota, mereka mempertaruhkan rekaan dalaman yang kontemporari dengan kekemasan Cyber Carbon.

Namun menurut pemerhatian, sterengnya nampak ringkas walau pun ada butang kawalan di situ, seperti masih mengekalkan imej konversional. Panel meternya juga biasa-biasa sahaja, kurang daya tarikan yang menonjol di situ.

Papan pemukanya turut dipadankan dengan skrin sentuh bersaiz tujuh inci bersama unit 2-DIN yang turut berfungsi untuk sistem navigasi dan kamera undur sebagai peranti pilihan.

2014_Toyota_Corolla_Altis_InfoKereta_ 070

Manakala tempat balutan material kulit Combi boleh dikatakan selesa. Bagi tempat duduk pemandu, lapan pelarasan secara automatik ditampilkan bagi memberikan lebih keselesaan sewaktu pemanduan. Markah bonus bagi kabin Altis ialah keluasan ruangnya yang menyalurkan keselesaan secara optimum kepada pemandu dan penumpang. Ruang kaki dan ruang kepala di bahagian tempat duduk belakang juga luas dan begitu selesa.

2014_Toyota_Corolla_Altis_InfoKereta_ 096

Varian ini turut didatangkan dengan sistem kunci pintar, butang penghidup enjin, cruise control, sistem penghawa dingin automatik dengan zon tunggal dan cermin pandang belakang Auto Electro.

Untuk aspek keselamatan pula, menurut Toyota, kesemua varian dilengkapi dengan ABS, EBD, BA, beg udara berkembar SRS, ISOFIX serta pra-regangan dan pengehad bebanan tali pinggang keselamatan. Namun tambahan sistem keselamatan buat varian 2.0V di mana ia turut dipadankan dengan Kawasalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TC).

Berkenaan dengan harga dan warna kerangka yang ditawarkan, kenalah tunggu pelancarannya pada Isnin 20 Januari ini. Namun sebelum ini Infokereta pernah melaporkan bahawa kemungkinan harganya bermula RM137,000 bagi varian 2.0V, RM125,000 (2.0G) dan RM115,000 (1.8E). Infokereta akan membawakan maklumat yang lebih sahih sebaik sahaja majlis pelancarannya nanti.

Spesifikasi :
Enjin : 2.0 liter empat silinder sebaris DOHC 16-injap Dual VVT-i
Transmisi : Transmisi boleh laras berterusan (CVT) 7-kelajuan dengan Sports Sequential Shift
Kuasa maksimum : 145 PS @ 6,200rpm
Tork maksimum : 187 Nm @ 3,600 rpm
Sistem suspensi : MacPherson Strut dengan bar penstabil (hadapan) & Torsion Beam (belakang)
Sistem brek : Ventilated Discs (hadapan) & Solid Discs (belakang)
Kapasiti tangki bahan api : 55 liter

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

14 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/qiuqiu/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://www.ahcfacilities.com/sport/parlay/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/bandarqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pkvgames/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/dominoqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pokerqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/pkvgames/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/dominoqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/bandarqq/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/