Alfa Romeo Giulietta Collezione bersedia ke Geneva
Sebuah lagi model Alfa Romeo yang bakal dipertontonkan di Geneva Motor Show, bergandingan dengan MiTo Racer.
Giulietta Collezione menampilkan lampu kabus, perumah cermin sisi dan rim aloi bersaiz 17-inci baharu bagi menampakkan sedikit kelainan berbanding model sedia ada. Malah pelanggan juga ditawarkan pilihan bumbung berwarna hitam untuk imej yang lebih unik.
Untuk bahagian kabinnya, ditampilkan tempat duduk material kulit dua-tona warna dengan jahitan warna kontras dan kekemasan krom sutera. Malah roda sterengnya juga dibaluti kulit, serta menampilkan cermin pandang belakang anti-silau, sistem kawalan suhu zon-berkembar, dan sistem hiburan Uconnect dengan skrin paparan bersaiz 5 atau 6.5-inci.
Model edisi istimewa ini bakal berada di pasaran mulai April dan turut menampilkan beberapa pilihan enjin iaitu :
– 1.6 liter JTDM (120 PS)
– 2.0 liter JTDM Multijet (150 PS)
– 2.0 liter JTDM (175 PS)
– 1.4 liter MultiAir (120 PS dan 170 PS)