Volkswagen Touran serba baharu memiliki ruang kabin yang lebih luas
Bukan setakat Passat Alltrack dan Sharan 2016, Volkswagen pun sudah bersedia untuk mempertontonkan model Touran serba baharu di dalam acara penuh gemilang Geneva Motor Show yang bakal berlangsung minggu depan.
Seperti yang dijangka, penggayaan bagi Sharan ini telah dipertingkatkan namun bentuk badannya masih sama serti kebanyakan MPV di pasaran. Walau bagaimana pun, Sharan ini 130mm lebih panjang dan juga pertambahan 113mm bagi jarak rodanya. Secara tidak langsung turut memberikan ruang dalaman yang lebuh luas dan mampu membentuk lima atau tujuh konfigurasi tempat duduk.
Volkswagen turut menambah, Touran baharu ini memilik ruang kargo yang lebih besar iaitu pertambahan sebanyak 48 liter menjadikannya sehingga 1,040 liter. Jika tempat duduk barisan kedua dan ketiga dibaringkan, ia mampu mencecah 1,980 liter kapasiti bagi ruang kargo.
Bukan itu sahaja, Volkswagen turut menerapkan sistem hiburan terkini yang mampu menyokong penggunaan aplikasi Google’s Android Auto dan Apple’s Car Play.
Menawarkan beberapa variasi enjin iaitu 1.2 TSI (110 Hp), 1.4 TSI (150 Hp), 1.8 TSI (180 Hp), 1.6 TDI (110 Hp) dan 2.0 TDI (150 Hp & 190 Hp), kesemuanya turut dipadankan dengan sistem stop/start dan brake energy recuperation yang turut membantu mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 19%.
Daripada sudut keselamatan pula, ia diperkayakan dengan sistem berkaitan termasuk kawalan kelajuan adaptif, brek selepas-pelanggaran automatik, bantuan hadapan dengan brek kecemasan dalam bandar, bantuan kesesakan trafik, bantuan sisi dengan kepekaan trafik dan juga membenarkan pemilik membuka pintu kargo belakang dengan hanya cara menggoyangkan kaki di bawah pengesan pintu tersebut.
Touran serba baharu ini juga akan dilengkapi dengan elemen baharu termasuklah lampu utama LED dan sistem kawalan suhu tiga-zon dan teknologi MirrorLink.