Hyundai i20 Active bakal dilancarkan di India Mac ini
Hyundai India telah menyebarkan dua lakaran yang menggambarkan model crossover i20 Active.
Dibangun berdasarkan model hatchback i20, i20 Active ini dijangka bakal dilancarkan di India pada bulan hadapan, dan bagi pasaran globalnya pula mungkin akan bermula selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Menerusi foto lakaran yang tersebar ini, kelihatan i20 Active menerima bampar yang dimodifikasi, pelindung sisi plastik, lampu utama projektor yang disambung dengan lampu pencahayaan siang LED dan juga lampu kabus berbentuk bulat.
Pada bahagian belakangnya pula, lampunya telah direka semua dan menampilkan teknologi LED yang dilapisi aluminium.
Hyundai i20 Active ini dijangka bakal dijanakan oleh enjin petrol 1.2 liter yang dipadankan dengan kotak gear manual lima-kelajuan atau pun diesel 1.4 liter bersama transmisi manual enam-kelajuan.